15.7.13

Ramadhan ku

Salam Ramadhan.

Alhamdulillah, ramadhan kali ni lebih baik dari tahun lepas. Tahun lepas, berat sangat dugaan puasa saya. Maklumlah, berkursus di bulan puasa ni. Jadual untuk ujian kawad pulak betul-betul kena bulan puasa. Tak berhati perut betul orang yang buat pentadbiran kursus tu. Sikit pun tak dianjak tarikh tu atau rombak semula jadual. Makanya, banyak hari saya terbabas. Dah cuba tahan sehabis-habisnya tapii...tewas! 

Pernah satu hari, sekumpulan kawan-kawan saya (lelaki dan perempuan) lewat masuk baris. Maklum saja la dengan kerja kami ni.. masa mesti tepat. Didenda lari pusing padang kawad sebanyak 5 round oleh jurulatih non-muslim. Bukan waktu pagi tau, waktu matahari betul-betul terik, jam 3 petang. Betapa sakit hatinya kawan-kawan saya hanya Allah je yang tau. Mujur la masa tu, ada seorang pegawai Ustaz KAGAT berdiri kat sebelah padang kawad. Ustaz tu bagi arahan berhenti dan kemudian marah kawan-kawan saya sebab lari tengah panas. Katanya, saya yang tak buat apa-apa ni pun tak tahan dengan panas terik macam ni..korang tak puasa ke?? Padahal ustaz tahu jurulatih non muslim tu bagi denda. Kemudian ustaz tu suruh kawan-kawan saya masuk kelas terus. 

Jadinya, ramadhan kali ni saya berusaha buat yang terbaik dari tahun-tahun lepas. Rasa sayangnya bazirkan ramadhan yang penuh barakah ni. 

Selamat berpuasa.

9 comments:

  1. semoga ramadhan kali ini menjadi yg terbaik dr tahun2 sebelumnya

    ReplyDelete
  2. Jurulatih tu saja nak uji kekuatan mental kwn2 niza la tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ujie, JL yg sorg tu memang garang betul. Jgn la ada silap sikit..akibatnya fuhhh.

      Hujung2 kursus br dia mula berjinak2 dgn kami semua..
      nak ambil balik hati kitaorg yg dok bengkekk je dgn dia.
      huhu

      Delete
  3. dugaan yg datang menguji ketabahan dan ketakwaan kita...

    ReplyDelete
  4. moga Ramadhan thn ini lebih baik dr thn lepas...

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D