16.2.13

Puding Roti Bakar | Sos Kastad

Ini cerita yang dua hari lepas punya ni. Cerita pasal makan, pasal resepi. Suami punya selera. Suka benor dia dengan puding-puding dan kek ni. Mak mentua saya, masa sebelum pencen dulu memang aktif menge'kek. Sampai ambik tempahan masa raya dengan orang kawen. Sebab tu suami saya suka sebab dari kecik dah disajikan dengan makanan sebegitu. Tapi sekarang kalau nak makan kek, beli je. Lagipun bini dia ni kalau bab menge'kek memang kureng mahir tapi kalau nak bagi makan benda lain macam puding roti ke boleh la buatkan. Dah itu je reti pun. Hehe. 

Selalunya, kalau buat puding roti saya suka buat yang kukus tapi kali ni saya cuba buat puding roti bakar dan dimakan dengan sos kastad. Ternyata! Perghh..ternyata tu tak menahan. Sedap giler!

Rupa yang tak seberapa

Ni dia resepi Puding Roti Bakar yang di copy paste bulat-bulat dari blog Kak Hana's Family.

Bahan-bahan
7-8 keping roti
500 ml susu segar @ 2 cawan*
4 sudu besar gula halus*
2 biji telur*
1 sudu teh esen vanilla*
1 sudu kecil serbuk cinnamon*
2 sudu besar butter - cairkan
3 sudu besar kismis

Untuk Sos Kastard
1 tin susu cair
1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula

Cara-cara
  • Sediakan mangkuk. Satukan bahan-bahan yang bertanda (*). Koyak2kan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi. Biarkan terendam dan meresap seketika. 
  • Masukkan separuh kismis dan juga butter cair .Gaul sebati. Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter.Taburkan baki kismis diatas adunan. 
  • Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak. 
  • Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. (kepekatan ikut selera masing2) 
  • Tuang ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastad.
Jom intai Snow Cheese cake Kak Hana ni pulak, menggodalah sangat. Terliur.

12.2.13

Muhasabah

"Setiap kali kita mengkritik orang lain kita telah menjatuhkan martabat kita. Orang berjaya hanya fokus pada apa yang dia suka dan positif. Mereka ignore manusia dan peristiwa negatif dan menggunakan tenaga kearah tujuan hidup mereka. Kita jangan mengharap pada orang lain untuk atasi masalah kita. Ambil tanggungjawab dan banyak berdoa. Hati manusia dalam genggaman Allah. Siapa yang Allah sayang, manusia akan sayang. Kalau isteri atau suami tak sayang beerti kemungkinan Allah tak sayang. Ubah dunia dalaman untuk ubah dunia luaran kita. Hormati privacy orang lain. Kalau kita tak suka diganggu, manusia lain juga tak suka diganggu."  -Prof Dr Muhaya

10.2.13

Semangat tahun baru cina?



Ruby Red & Beige Grey
Gambar dari instagram
Hewhewhew. Semangat laki bini cat rumah satu hari kemarin, dari pagi sampai ke malam. Dah lama si bini idam warna melah menyala ni. Ruby Red jadi pilihan untuk background ruang tamu dan ruang makan. Selebihnya disimbah dengan Beige Grey untuk warna keseluruhan ruang tamu dan ruang makan. Nak simbah semua merah kalau boleh, tapi memang tak boleh. Seronoknya guna Nippon Paint ni, baru cat sekejap je dah kering, takdak kesan tampung-tampung tompok-tompok dan yang penting takdak bau-bauan yang boleh mencocok-cocok hingga ke rongga lobang hidung dan lepas tu terus boleh pulak sangkut semula segala frame yang ada. Mak aihhhh, bestnya mengecat! Huhu. Tapi penat sikit la cik kak. Sebab lepas tu nak kena mengemas sakan pulak. 

Ada tiga lagi tempat nak kena cat. Bilik tidur utama, dapur dengan porch depan tu. Sendiri cat saja, takdak upah-upah. Lagipun senang saja maa. Buat apa nak buang duit upah orang? Asal ada masa terluang boleh la buat sendiri. Inipun, dah 3 minggu tertangguh sebab weekend asyik kena keja je. Kebetulan cuti raya cina kali ni lama sikit. Jadi bolehlah pulun.

Oke, jom pi rumah kenduri dulu. Nanti malam kalau sempat nak cat dapur pulak. Sampai ke pagi pun takpa, kan cuti ni. Happy chinese new yearrrrr! untuk blogger cina. Erk! ada? 

1.2.13

Nasib kurang baik

Rasa nak nangis...

Kereta rosak masa datang kerja pagi tadi. Mujur sempat lepas jambatan. Dan mujur jugak ada kawan-kawan lelaki yang lalu jalan yang sama nak ke tempat kerja. 4 orang. Diorang tolong tolak kereta letak tepi jalan, kemudian tumpang kereta salah sorangnya terus pegi ofis. Sebab kalau nak tunggu situ pun, entah pukul berapa suami nak sampai.

Sampai sekarang, masih tunggu suami dan mekanik datang ambik saya kat opis dan kemudian terus pi kat tempat kereta rosak tadi. Parkir betul-betul tepi jalan lepas susur keluar jambatan. Risau takut kena saman sebab parking situ dari 7.30 pagi tadi. Risau takut orang curi kereta. Risau takut orang pecah cermin kereta.

Lagi sedih...

Petang ni kena duty pulak. Pukul 6.30 dah masuk duty. Susahnya hati kalau kereta tak sempat siap. Pukul berapa nak balik Kulim dan pukul berapa pulak nak datang Penang balik masuk duty. Takut terlewat nanti kena marah. Dah la baru sangat masuk fasa 'PTT Kanan' ni. Nanti senior rank kata, baru-baru lagi dah buat hal. Tapi nak buat cemana, tak duga benda nak jadi. 

Terfikir..

Nak tukar/ganti orang duty petang ni tapi puas telefon merata dah. Ramai yang pergi tugas luar kawasan dan ada yang tak boleh tukar/ganti sebab masing-masing ada hal. 

Esok sabtu, cuti sepatutnya tapi diisytiharkan sebagai hari bekerja sebab minggu depan ada Audit Pengurusan. Tak kisah pun pasal kena kerja hari minggu sebab 2minggu lepas pun ofis saya volunteer datang kerja masa sendiri, sebab fikirkan banyak perkara yang belum siap. Itu juga tanggungjawab. Tapi hari ni saja, satu kerja pun tak jadi. Kepala pusing, dengan risau pasal kereta pasal duty semua ada. Dugaannyaaaa.

Hampir jam 3 dahhhh....masih di ofis. Arghhhhhhh!