24.7.13

Memasak ni seronok

Ingat nak buat wordless je dulu tayang gambar makanan tapi takut orang marah pulak post gambar makanan tetengah puasa ni. Lagipun dok pikir, dah lama tak berwordless. 

Puasa tahun ni saya rasa paling puas dan seronok. Sebab tiap-tiap hari saya dan suami berbuka kat rumah makan hasil air tangan saya. Terima kasih juga kepada pemerintah kat tempat kerja saya sebab bagi pelepasan balik kerja pukul 2.30 sepanjang bulan puasa. Kiranya tak tergopoh gapah sangat la kalau balik awal kan. Takda la masak asal boleh je, masak sambil menyanyi pun bolehh. Hehe.

Cuti hujung minggu lepas rajin betul saya (acewahhh). Sabtu saya berbuka dengan Patato Gratin, malamnya pulak saya buat Oreo Cheese Cake. Ahad saya buat 2 keping pizza. keping??? Asal bolehh. 

Seronoknyaa lahai bila suami asyik puji pizza saya..sedap sedap sedap katanya. Saya sendiri pun rasa puas bila roti pizza yang saya buat tu menjadi, molek benar je tepung tu naik selain lembutnya. Hiks. Cewi la sekejap dengan suami, siap offer lagi..lepas ni kalau yyg nak makan pizza, order dgn syg ja, takyah pi pizza hut dah, mahal!

Acewahhh baru sekali buat menjadi, terus rasa macam masterchef. Huhu. Tapi seronok hoi. Haha. Itupun sebenarnya kali kedua saya buat adunan tepung tu. Sebekas tepung yang pertama saya campak masuk bakul, tak jadi, terlebih air, lembek. Kali kedua tu baru jadi lepas saya ikut resepi Che Mat. Nak try etek? Boleh klik sini, sini pun boleh. Eh, haaa SINI.


Ada nak komen apa-apa tak? Hehe. Cau! nak balik dah tukar baju cantik-cantik, hari ni beriftar bersama dato panglima. :)

23.7.13

Menarik untuk saya kongsikan

Alhamdulillah, terus bersemangat saya pagi ni bila nampak sesuatu yang menarik di facebook. Perkara yang membuatkan hati saya berbunga-bunga suka. Seperti mendapat sinar baru dalam hidup. Sedikit perkongsian kata-kata semangat untuk kawan-kawan yang sama seperti saya-belum ada anak. Bacalah, semoga bermanfaat untuk kita.

Bismillah, untuk mereka yang telah berkahwin tetapi masih belum dikurniakan zuriat.

1) Alhamdulillah, saya ingin katakan...bersangka baiklah pada Allah, bersangka baiklah pada Allah, bersangka baiklah pada Allah.

2) Allah Maha Baik.

3) Buatlah sujud syukur(google cara buat sujud syukur)& syukurlah kerana masih belum diberikan anak. Nabi pesan formula untuk ditambahkan nikmat adalah "Bilamana kamu diberikan nikmat yang sedikit, kamu bersyukur, maka Allah akan tambahkan nikmat itu" 

4) Mengapa Dia masih belum beri anak? Jangan membuat jawapan-jawapan sendiri. Tapi jawapannya hanya satu-KERANA DIA MAHA BAIK!

5) Jangan fokus kenapa masih tak diberikan anak, tetapi fokuslah untuk hidup dalam sentiasa memuji Allah tanpa henti 24jam/7 hari/siang malam

6) Buang semua perasaan sedih

7) Berlapang dada & senyum selalu

Jadilah insan paling bahagia tanpa anak kerana itu kehendak Allah yang menciptakan kita. Siapa kita untuk melawan kehendak Allah?

9) Atas segala usaha & doa,DIA masih memilih kita untuk tidak dikurniakan anak. Sungguh DIA MAHA TAHU apa yang terbaik buat kita pada saat & ketika ini

10) Usah kita bimbang dan risau hidup tanpa zuriat, atau putus keturunan

11) Usah merungut mengapa sampai sekarang belum dapat anak kerana itu bermakna kita komplen Allah

12) Teruskan usaha bersungguh-sungguh & jangan jemu selagi kita mampu & mahu

13) Tiap kali 'bersama', 'bersama' dengan penuh rasa ghairah & cinta, bersungguh-sungguh dari hati untuk cari redho Allah & doa & yakin Allah akan beri zuriat dari 'hubungan' ini.TIAP-TIAP KALI BUKAN PADA WAKTU SUBUR SAHAJA. Sungguh kita tidak tahu, bila Allah mengatakan 'kun faya kun..'

14) Usah 'bersama' dalam keadaan tidak ada semangat atau bersama dalam keadaan putus asa dan anggap kita takkan dapat anak pun sebab dah banyak kali cuba..Allah bertindak mengikut sangkaan hambanya..begitu kita sangka, begitulah hasilnya. Teruskan mencipta sangkaan-sangkaan yang baik

15) Untuk seorang isteri, berbahagialah kerana isteri-isteri Nabi juga tidak memberikan Rasulullah ank kecuali Saidatina Khadijah & Mariah. 

16) Jangan salah menyalahkan pasangan. Jika kita mahu hidup dengannya, teruskan dengan redho, hormati & sayangi dia. Jika tidak mahu lagi bersama, kita berbincang & cari jalan yang disepakati.

17) Banyakkan istighfar dan melakukan solat taubat kerana dengan taubat, Allah ampunkan dosa kita , angkat darjat kita dan luaskan rezeki kita

18) Banyakkan sedekah kerana dengan sedekah menyucikan jasad dan hati dan membuka luas ruang-ruang rezeki yang tidak disangka-disangka

19) Puji Allah sentiasa & syukur banyak-banyak kerana tidak diberikan anak pada waktu ini
Syukur bererti kita menerima dengan lapang dada, kita senyum dan rasa bahagia kerana kita tahu Allah memperlakukan kita dengan sangat baik

20) Suami & isteri kena satu fikir. Tiap kali bangun pagi, sama-sama ucapkan, "kita akan dapat anak kandung tahun depan 2014" .Ucap tiap-tiap hari dengan tarik nafas, senyum dan yakin

21) Tuliskan di atas kertas besar dan lekat pada dinding atau mana-mana kawasan yang senang untuk kita lihat -tulis "kami akan dapat anak kandung pada tahun 2014". "saya akan hamil pada 2014" atau apa sahaja ayat pendek yang TIAP-TIAP HARI mata kita boleh melihat, mulut kita boleh menyebut, telinga kita boleh mendengar, masuk dalam otak kita, sampai pada hati kita dan semua kenyataan-kenyataan itu akan diproses dalam sistem badan kita

22) Konsisten makan makananan sunnah, madu, kurma, susu, kismis, buah tin,minyak zaitun, dan tiap kali makan, niatkan "kami(suami isteri) makan ikut apa yang nabi makan, tolonglah ya allah berkati makanan ini dan hasilkanlah darinya pada tubuh kami zuriat yang soleh dan solehah"

23) Jumpa doktor dan ikut nasihat doktor sungguh-sungguh bukan separuh jalan atau ala kadar

24) Jangan kedekut keluarkan duit untuk perbelanjaan rawatan

25) Mohon mak ayah dan adik-beradik konsisten buatkan solat hajat untuk kita. Seluruh ahli keluarga kena sepakat & rajin

26) Suami isteri buat solat taubat & solat hajat tiap-tiap hari jangan tinggal termasuk membaca yassin

27) Suami Isteri baca tiap hari surah Ibrahim ayat 40, surah furqan ayat 74 dan surah al-anbiyak 89 (rujuk tafsirnya sekali)

28) Tinggalkan semua kemaksiatan dan siap sedia sentiasa kerana bila-bila masa kita akan jadi ibu & ayah! :))

SELAMAT MENJADI IBU & AYAH BILA TIBA MASANYA~ SENYUM SELALU HIDUP INI INDAH!!!

****Orang sekeliling sibuk bertanya, dan telinga kita panas dan hati tersinggung. Untuk semua yang bernama masyarakat, pernah atau tidak kita mendoakan golongan ini untuk Allah kurniakan mereka zuriat atau kita hanya tahu mendesak dengan soalan. Sungguh kita melukakan hati mereka, Allah lebih-lebih lagi akan melukakan hati kita.

TAMBAHAN: Pernah seorang makcik ni, ketika anak sulungnya hampir berkahwin beberapa tahun yang lalu, dia mengadu, 'makcik tak sedia lagi nak timang cucu, makcik tak sedia lagi nak jadi tok, makcik muda lagi"- selepas anak sulungnya kahwin bertahun-tahun, tidak dapat anak walaupun adik-adiknya kahwin dan semua dikurniakan ank...ibu-ibu dan ayah2 tolong check perkataan jgn smpai jadi satu doa tanpa sedar & anak-anak tolong jumpa mak ayah risik-risik bertanya kalau-kalau pernah menyebut perkataan seumpama ini. Jika mungkin mak ayah kita dah terlupa atau menafikan, maka minta sahaja mereka sebut, " ya allah aku redho ankku ini diberikan zuriat dan aku mahu menjadi nenek/tok/opah kepada anak yg dikandungnya nanti...tolong ya Allah..."

Facebook: Noor  Laila Aniza binti Zakaria

Macam mana rasa lepas baca? Rasa apa? Saya baca, saya rasa lega, rasa gembira yang sungguh-sungguh. Ish, rasa pelik pulak dgn rasa-rasa tu. Perasaan tu bercampur mungkin sebab kejap lagi saya nak sambut mak, kakak, abg ipar dan anak-anak sedara saya yang akan tiba dari Mekah. Tak sabar nak jadi orang pertama peluk mak, kakak, anak-anak buah saya. ;)

15.7.13

Ramadhan ku

Salam Ramadhan.

Alhamdulillah, ramadhan kali ni lebih baik dari tahun lepas. Tahun lepas, berat sangat dugaan puasa saya. Maklumlah, berkursus di bulan puasa ni. Jadual untuk ujian kawad pulak betul-betul kena bulan puasa. Tak berhati perut betul orang yang buat pentadbiran kursus tu. Sikit pun tak dianjak tarikh tu atau rombak semula jadual. Makanya, banyak hari saya terbabas. Dah cuba tahan sehabis-habisnya tapii...tewas! 

Pernah satu hari, sekumpulan kawan-kawan saya (lelaki dan perempuan) lewat masuk baris. Maklum saja la dengan kerja kami ni.. masa mesti tepat. Didenda lari pusing padang kawad sebanyak 5 round oleh jurulatih non-muslim. Bukan waktu pagi tau, waktu matahari betul-betul terik, jam 3 petang. Betapa sakit hatinya kawan-kawan saya hanya Allah je yang tau. Mujur la masa tu, ada seorang pegawai Ustaz KAGAT berdiri kat sebelah padang kawad. Ustaz tu bagi arahan berhenti dan kemudian marah kawan-kawan saya sebab lari tengah panas. Katanya, saya yang tak buat apa-apa ni pun tak tahan dengan panas terik macam ni..korang tak puasa ke?? Padahal ustaz tahu jurulatih non muslim tu bagi denda. Kemudian ustaz tu suruh kawan-kawan saya masuk kelas terus. 

Jadinya, ramadhan kali ni saya berusaha buat yang terbaik dari tahun-tahun lepas. Rasa sayangnya bazirkan ramadhan yang penuh barakah ni. 

Selamat berpuasa.