3.1.14

Rezeki

Saya mulakan pagi jumaat yang penuh barakah ni dengan bismillah sebelum menjamah nasi lemak yang tak berapa nak sedap la pulakkk. Ikan bilis tak rangup, keras. Gigi saya baru je servis, tak boleh nak kunyah sangat benda-benda keras. Kacang tanah pulak lemau. Sebenarnya banyak jenis lagi lauk yang ada sebab nasi putih pun ada jual. Memang feveret saya makan nasi lemak dengan ikan bilis, kacang tanah dan telur rebus. Tak suka makan nasi lemak campur lauk-lauk lain.

Biasanya dok beli tang lain tapi hari ni terlewat mai kerja jadi singgah ja la kat tepi-tepi jalan. Bila nampak ja gerai dia kat tepi jalan terus saya rasa nak berhenti. 

Sebelum gerai nasi lemak ni ada simpang 3, gerai tu betul2 lepas sikit ja dari simpang tu. Saya terpaksa hentikan kereta sebelum simpang tu sebab ada kereta nak keluar. Jadi senang la sikit saya terus ja berhenti kat depan gerai dia. Kalau saya jalan terus melalui simpang tu payah pulak la saya nak parking sebab kereta banyak parking tepi jalan. Jalan kat situ memang sesak waktu pagi. Tengah saya tunggu kereta tu keluar simpang, ada pulak kereta lain nak masuk simpang jadi terpaksa la saya masuk terus ke kawasan perumahan tu. Nanti kalau tunggu kat situ orang belakang marah. Terpaksa la saya masuk ke dalam kawasan perumahan yang jalan dia memang sempit sangat. Bila saya pusing balik dah tersalah ke simpang lain, sesat pulak. Nak beli nasi lemak je pun padahalnya.

Jadi, saya fikir macam ni la...dalam keadaan kelam kabut nak masuk kerja, sempat lagi kepala saya dok fikir nasi lemak. Masa nak beli nasi lemak tu boleh pulak sesat  Tapi saya makan sampai habis jugak sebab taknak membazir selain memang lapar. Lagipun Allah dah tetapkan memang itu rezeki saya dan rezeki dia untuk pagi ni. Rezeki tu kan dari Allah.

Salam Jumaat :)

9 comments:

  1. Halamak....tajuk entri ni bt org excited la Niza. Kihkihkih....

    Redha jelah tapi mcm mane pun, ralat jugak sikit dlm ati sbb bukan dpt free....kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti ingat rezeki lain kan? hehe
      lama tak menulis, ayat berteraboq, saya baca pun pening..

      Delete
  2. Tak ap la niza.sedap atau tak tetap rezeki kita.yg penting jgn membazir.nanti jadi kawan syaitan

    ReplyDelete
  3. Betul tu..
    Dah tertulis rezeki awak,.dan si penjual tu..
    Kekadang nak komplen melampau bila melibatkan makanan pun, serba salah..sebab nabi pesan, depan makanan, jangan bersungut..:)

    ReplyDelete
  4. Nasik lemak dengan telur rebus? Campur kerang laaaa

    ReplyDelete
  5. Betul...mmg rezeki penjual tu..dan niza gak.

    Akak kalau nasi lemak, takmo kacang bilis. :)

    ReplyDelete
  6. For the first time here... Salam kunjungan...

    ReplyDelete
  7. rasa macam lain baca entry ni kali ni
    mungkin sebab dah lama tak masuk sini :)

    ReplyDelete
  8. WOW Keren nie artikelnya
    Sambil baca artikel ini, Aku numpang promosi deh !
    Agen Bola, Bandar Bola Online, Situs Taruhan Bola, 7meter

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D