9.5.14

Hati Manusia

Bukan semua orang yang sependapat dengan kita. Bukan mudah jugak kita nak bagi orang paham kita mudah-mudah gitu jer. Walaupun kita dah cuba buat yang terbaik. Tapi kalau mereka-mereka dah simpan perasaan benci tu kat kita. Memang payah la. Padahal, kita ni dah betul-betul berubah. Yang sedihnya, Orang tak tahu dan tak nampak betapa susahnya kita nak bina diri kita yang baru ni. Korban ego, korban hipokrit, tetap bersangka baik dalam setiap perkara buruk yang jadi kat kita.. tapi memang elok la untuk bina jati diri kita yang baru, `benda-benda dalam' yang tak elok tu kita kena buang dulu baru nampak hasil. Kalau benda yang dalam tu kita tak buang, mustahil la kita nak dapatkan ikhlas tu. 

Takpa, cuma kita yakin jelah hati manusia tu dalam genggaman Allah. Apa yang mampu kita buat cuma berdoa jelah semoga Allah pelihara kita, lindungi kita dari terus dibenci. Mudah-mudahan niat baik kita tidak disalah ertikan lagi, walaupun manusia tak pandang tapi yakin lah setiap yang baik itu Allah akan pandang dengan kasih sayang, itu lebih baik.

3 comments:

  1. Gitula rupa paras hati perot maknusia ni Niza. Kata orang, rambut sama itam tudung lain-lain. Dan secantik2 tudung Fareeda jangan terpedaya, itu tak smestinya menjamin kecantikan budi pekerti sipemakainya, iyo tak? Tudung pasar malam pon, kalau kena gaya orait apa.

    Diam tak diam dah lama jugakla saya tutup Tong Sampah tu dari tatapan umum.

    Disebabkan hidup maknusia di donia ni hanyalah bersipat sementara walopon bermegah dengan tarap jawatan mereka yang tetap dan berpencen itu, jadi penutupan ni jugak hanyalah bersifat sementara jugakla.

    Saya tak pulak memprebetkan blog tu dengan mengundang orang-orang tertentu saja untuk menyelinap masuk kedalam. Kalu saya buat lagu tu, sumpah, Niza la orang nombot 1 yang saya jemput jadi imam, hang tau dak?

    Jadi dalam tempoh pertapaan dalam arena berblogging, banyak sunggoh aih cerita-cerita yang telah dialami yang kalau nak diceritakan memang takkan tercerita punya. Mahu kontot jari ni menekan papan kekunci, tapi lingkaran kisahnya masih tetap berada di perenggan pertama.

    Tapi jangan bimbang, nanti kalau minda saya perlu bersenam, saya akan bukak balik Tong Sampah tu untuk bereksesais sambil berkongsi cerita. Tapi tak taula entah bila.

    Bukannya pasaipa, kalau dah lama tak menulih, pikiran pon kusut masai mcm org buang ayag besag, yang sikit punya teran tapi tak jugak keluag-keluag. Cuba tengok, ejaan pon dah tak jadi ketahuwan hala serta berterabog grammar dan spellingnya.

    Aik. Takkanla komen boleh lebih panjang dari entri? Ni tak boleh jadi nih.

    Oleh itu sepening-sepening-sepeninggalan saya jaga diri baik-baik naa. Jangan nakai-nakai atau buaih-buaih.

    Salam hormat.

    Dan selamat berkawad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.

      Muncoi jugak nohh. Hehe. Terima kasih, ingatkan takmau bg sy masuk blog tu dah. Rasa nak teghiak pulak. haha.

      Mekaseh naa tuan :)

      Delete
  2. laa akak baca komen kat atas tu ingatkan entry niza, ehee
    btw perkongsian ni baik untuk santapan minda
    thanks :)

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D