12.6.14

Tak Reti Nak Serik Ke?

Pernah tak rasa serik dengan seseorang atau dua orang atau tiga orang? Serik sebab ditipu, difitnah, dicanang cerita tak betul dibelakang kita, memburuk-buruk kan kita... sebak rasa di dada, kan? 

Yelah, kita ni kadang2 tercakap jugak hal orang. Taknaklah tulis entri ni dengan pura-pura diri ni mulia. Manusia biasa, kadang tercakap, terlepas cakap. Tapi tak pernah serik dengan siapa yang kita tercakap tu. Atau mudah sangat kot berikan kepercayaan 100% tu pada orang? 

Dah banyak kali sebenarnya jadi, dan yang kesalnya.. tak ada pulak yang datang tanya terus depan-depan untuk sahihkan sesuatu perkara dari tuan badan. Terus judge orang dengan menjadikan diri sendiri sebagai hakim. 

Dan menjadi orang yang suka bagi kepercayaan 100% tanpa meletakkan rasa was-was walau sedikitpun, itu lebih menyedihkan!


Tolonglah serik! dan tolong jadikan musibah ni sebagai pengajaran seumur hidup.

2 comments:

  1. sbb tu akak suka org jenis terus terang. Mula2 maybe sakit ati dgr. Tapi at least dia dah tak ckp belakang kita dan kita boleh bagi penjelasan.

    ReplyDelete
  2. Betul jugak kak tapi ada yg jenis 'suka' sgt bercerita.
    Tu yg rasa tak best.

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D