24.7.14

Bagaimana untuk memaafkan?




Semakin aku memaafkan kesilapanku, 
semakin rasa... damai itu bersahabat di hatiku...

Kita mungkin sering marah pada kesilapan orang lain. 
Ya..mungkin secara faktanya memang 
dia salah dan kita benar.

Tetapi bila kita memandang semula kebelakang,
sejujurnya..menyalahkan orang lain tidak menjadikan 
damai itu hadir di hati.

Ketika kita pilih untuk melihat ke dalam, 
akui bahawa kita juga ada silap dan salah, 
maka kita akan menyedari bahawa
sebagaimana kita, dia juga sama 

Pernah berbuat salah dan tersilap.

Bila cara memandang begini,
yang tinggal hanyalah pengertian, 
simpati dan kelembutan hati untuk memaafkan.

Kerana sepertimana kita, 
dia juga berbuat salah ketika kesedaran itu tiada. 
Ketika lupa dan dikuasai oleh keegoaan diri.

Bukan benar dan salah yang mendamaikan hati. 
Tetapi.. ketulusan hati untuk memaafkan 
kesalahan atas dasar belas kasih lah 
yang menjemput damai di hati

- Diyana Tahir, ehati coach

6 comments:

  1. Tu niza dok termenung nak maafkan org ke? Heheheee

    ReplyDelete
  2. Hehehe.. tu termenung berlakon ja kak

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya
    maaf zahir batin niza
    selalunya kita kena beralah untuk
    kebahagiaan orang lain
    ketenangan tu lebih penting dari
    situasi yang tegang kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas maafkan orang2 yang pernah menjadi musuh kita.. hati rasa sgt tenang. Alhamdulillah.

      t.kasih kak tiha.

      Delete
  4. antara memaafkan dan melupakan..dua perkara berbeza,kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. berbeza, tapi dua perkara ni kena bersatu..baru ikhlas, kan kak kam?

      Delete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D