6.8.14

Saya Bahagia Dengan Kehidupan Ini

Selamat beraya. Maaf zahir dan batin.

Segan nak bercakap pasal hal ni, takut nanti terbit anggapan yang macam nak-minta-simpati, asyik-asyik-pasal-zuriat. Tak, bukan macam tu. Kadang-kadang golongan TTC  (trying to conceive) ni cuma nak meluahkan atau nak berkongsi rasa dengan orang lain. Mungkin dengan cara menulis dan bercerita dekat blog buat dia rasa lega ke, lapang ke dan tak la sunyi kot. Seingat saya, baru 2, 3 kali kot saya bercerita pasal tu dalam blog ni.

Macam saya pun bila terfikir nak bercerita pasal `zuriat' dekat blog ke dekat kawan-kawan ke 7, 8 kali jugak la fikir, rasa segan lah..nanti depa cemuih plak dengaq, satgi ada pulak yang kata ishhh.. takdak benda lain dah ka nak cerita? asyik pasai tuuu ja. Hehe. Buruk sangka ke tu ha? Tak baik pulak kan? Tapi tu lah yang saya rasa.

Pernah ada sorang senior cakap dengan saya.. kira memang berpengalaman la orang ni, dah nak pencen setahun dua lagi... dia kata, tak payah la ada anak. Takdak anak lagi senang. Tak gaduh nak tanggung dosa-dosa anak nanti. Ishh.. ayat dia tu macam pelik saya rasa. Tapi saya biarkan je la dia bercakap. Bagi saya, Alhamdulillah.. saya tak tertekan dengan perkara ni, rasa terpinggir pun tak. Alhamdulillah, fikiran saya cukup positif. Saya sangat tabah..cehhhh. Tapi betul, saya macam rilex je. Sebab rezeki kan semua dari Allah. Allah yang tentukan semuanya. Allah yang atur hidup kita. Allah perancang terbaik dalam hidup kita. Jadi, buat apa kita nak susah hati. Teruskan la enjoy dengan kehidupan berdua dengan suami/isteri. Kadang-kadang.. tak tahulah betul ke tak apa yang terlintas kat fikiran saya bila saya rasa macam.. hmmm best jugak takdak anak. Nak pi mana pun senang. Nak buat apa pun takyah fikir anak. Dan perkara paling best dalam rumahtangga saya adalah suami yang sangat memahami! Alhamdulillah, bersyukur sangat pada Allah dengan jodoh ni. Dia tak pernah menyalahkan saya.. malah dia tak pernah sekalipun keluarkan perkataan yang boleh menyakitkan hati saya dalam hal ni. 

Saya sangat bahagia. Bahagia yang sangat-sangat. Alhamdulillah, syukur pada Allah yang kurniakan perasaan dan titipkan kebahagiaan antara saya dan suami. Bahagianya saya tak tergambar dengan tulisan saya. Sebak saya rasa. Betapa Allah itu sangat adil dalam mengatur kehidupan setiap hambanya. 

Semoga bahagia ini terus berkekalan. Amin.

10 comments:

  1. everything happened for a reason....
    asalkan saling memahami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. saya sangat setuju.
      Ada hikmah setiap kejadian.

      T.kasih ewan.

      Delete
  2. Akak rasa apa yg niza tulis sama mcm apa yg ada dlm hati fikiran akak..hehehee
    Akak selalu bersyukur pd Allah sbb kurniakan suami yg best dan sgt membahagiakan, walaupun Allah tak beri zuriat. Rancangan Allah pasti hebat. Berdamailah dgn takdir, hidup kita pasti terasa indahnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke kak.. hehe. kita selalu serupa. i love u la kak.
      Saya suka ayat last akk.. 'berdamailah dgn takdir, hidup kita pasti terasa indahnya!'
      baca ayat bertambah2 bahagia sy rasa.

      T.kasih kak ujie.

      Delete
  3. Betul kak, stp orang Allah dh bg rezeki masing2, mcm sy soklan cepumas yg selalu dpt skang "bila nak kawin?", serabut betul....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akk pun kawen lewat dl..lek aa.
      Biaq pi kat depa la yg dok ngata tu. k?

      T.kasih ayuni.

      Delete
  4. Saya doakan awak akan beroleh zuriat..Insya Allah..
    Luahkan lah rasa hati,kalau tak ia terbuku...

    Selain berikhtiar cara moden,jgn lupa ikhtiar direct dgn Allah..
    Amalkan doa Nabi Zakaria..
    Ada beberapa kenalan /saudara saya yg ambil anak angkat...
    Dan rezeki sebab kita pelihara anak angkat ni, Allah bukakan rezeki anak..kenalan/saudara saya mengandung lepas tu..Cubalah, kalau boleh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin.

      Pasal anak angkat tu saya dan suami tak kisah.. mmg pernah bincang. Ada sedara saya tolong carikan lagi. Keluarga saya ok.. tapi keluarga belah suami sy agak berat nak izinkan. Jadi, saya dan suami terus diam dan tak bincang dah pasal tu.

      T.kasih dr.

      Delete
  5. Kalau hari ini kita menganggap anak2 sebagai suatu bebanan, tak mustahil suatu hari nanti anak2 pulak yang menganggap diri kita sebagai suatu bebanan buat mereka. Dunia sentiasa berputar. Itu sindri mau ingatla.

    Oleh itu maaf cakaplah, saya menyangkal sekeras2nya dakwaan kawan Niza siotai yang sepatutnya memiliki tahap pemikiran yang jugak otai, seotai keotaian usianya.

    Bukan nak cakapla, dalam bab jaga tepi kain orang ni, orang kita memang hebat, langsung tiada tandingan.

    Dan kalaulah ada acara jaga tepi kain orang dipertandingkan dalam sukan olimpik, saya gerenti keunggulan kita terlalu sukar untuk dicabar oleh sapa2.

    Kitalah pemegang pingat emas untuk acara tu dari dulu, kini dan buat selama2nya.

    Berdasarkan kecenderungan tersebut, kalau kita terlalu mengharapkan orang lain bermurah hati menghitung kesempurnaan untuk diri kita, saya yakin kita akan kecewa. Percayalah, dimata mereka kesempurnaan kita walau sehebat mana sekali pun,akan terhapus oleh kekurangan yang ada, yang sebenarnya bukanlah urusan mereka untuk diambil peduli.

    Dah dah.. Jangan dok melengung bawah pokok lagi. Jom kita langsaikan posa 6, ado jugop pekdohnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pun ada terfikir macam, ish tak baiknya dia ckp mcm tu, mcm tak bersyukur dengan rezeki yang Allah dah bagi dia.

      Saya akan sentiasa didik diri untuk terus mensyukuri atas segala kekurangan apatah lagi kalau ada kelebihan yang Allah bagi.

      Jgn risau sy happy sokmo, lagipun saya kan askar. saya kuat dan sihat!! Hehe

      In Shaa Allah tuan fakur, lagi 2 hari saya dah boleh rayaaaa!!
      Selamat beraya. Maaf zahir batin.

      Delete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D