9.5.14

Hati Manusia

Bukan semua orang yang sependapat dengan kita. Bukan mudah jugak kita nak bagi orang paham kita mudah-mudah gitu jer. Walaupun kita dah cuba buat yang terbaik. Tapi kalau mereka-mereka dah simpan perasaan benci tu kat kita. Memang payah la. Padahal, kita ni dah betul-betul berubah. Yang sedihnya, Orang tak tahu dan tak nampak betapa susahnya kita nak bina diri kita yang baru ni. Korban ego, korban hipokrit, tetap bersangka baik dalam setiap perkara buruk yang jadi kat kita.. tapi memang elok la untuk bina jati diri kita yang baru, `benda-benda dalam' yang tak elok tu kita kena buang dulu baru nampak hasil. Kalau benda yang dalam tu kita tak buang, mustahil la kita nak dapatkan ikhlas tu. 

Takpa, cuma kita yakin jelah hati manusia tu dalam genggaman Allah. Apa yang mampu kita buat cuma berdoa jelah semoga Allah pelihara kita, lindungi kita dari terus dibenci. Mudah-mudahan niat baik kita tidak disalah ertikan lagi, walaupun manusia tak pandang tapi yakin lah setiap yang baik itu Allah akan pandang dengan kasih sayang, itu lebih baik.

Tong Sampah

Walaupun saya memang lama tak update blog tapi kekadang ada masa free saya jenguk jugak blog dan baca entri terbaru kawan-kawan blogger yang ada dalam blog list saya. Cuma saya tak tinggalkan komen je. Ada jugak yang saya tinggalkan komen satu dua.Maaf naa, semangat tu dah kurang, taktau kenapa. Taktaulah camna caranya nak aktifkan blog ni balik, rindu tu ada tapi bila buka je blog otak terus jadi kosong. Tapi kali ni Alhamdulillah, dia tubit jugak..hehe.

Dalam semua blog list saya ada satu blog yang saya tak boleh nak masuk dah. Tak tahu samada beliau dah delete blog atau privatekan. Saya pun tak reti sangat. Blog tu bagi saya memang wajib masuk tiap kali saya jenguk blog saya, sebab saya sukakan penulisan beliau, gaya cerita beliau tapi sayangnya saya dah tak boleh dah nak baca. 

fakurpunyasampah.blogspot.com

Sapa yang kenal dengan empunya blog TONG SAMPAH? Tahu tak cemana cara kalau saya nak masuk ke blog beliau? Mohon bantuan :)