12.6.14

Tak Reti Nak Serik Ke?

Pernah tak rasa serik dengan seseorang atau dua orang atau tiga orang? Serik sebab ditipu, difitnah, dicanang cerita tak betul dibelakang kita, memburuk-buruk kan kita... sebak rasa di dada, kan? 

Yelah, kita ni kadang2 tercakap jugak hal orang. Taknaklah tulis entri ni dengan pura-pura diri ni mulia. Manusia biasa, kadang tercakap, terlepas cakap. Tapi tak pernah serik dengan siapa yang kita tercakap tu. Atau mudah sangat kot berikan kepercayaan 100% tu pada orang? 

Dah banyak kali sebenarnya jadi, dan yang kesalnya.. tak ada pulak yang datang tanya terus depan-depan untuk sahihkan sesuatu perkara dari tuan badan. Terus judge orang dengan menjadikan diri sendiri sebagai hakim. 

Dan menjadi orang yang suka bagi kepercayaan 100% tanpa meletakkan rasa was-was walau sedikitpun, itu lebih menyedihkan!


Tolonglah serik! dan tolong jadikan musibah ni sebagai pengajaran seumur hidup.

5.6.14

Tak Ketahuan Hala

Hidup ni kan, memang lumrah dah.. kalau tak terasa hati dengan orang-orang sekeliling kita, ye dak? Tapi tu besa laa.. dah nama pun hidup, alam dan manusia memang tak dapat nak elak. Tapi ni bukan nak cerita pasai orang, nak cerita pasai diri kita laa. Tak baik dok cerita hal orang, boleh jadi fitnah satgi. Kaluu sakit hati lagu mana pun, baik kita buat taktau ja.. buat boddo pun takpa. Janji tak kacau orang, dak?

Yang orang tu pun laaa, toksah laa dok bagi orang lain jadi hangat hati pulak dengan kita. Tu cari pasai nama dia. Tak cari pasai, orang pun tak dok nak marah kat kitaaa ja. Tak ketahuan hala la depa ni. 

Dok tak dok tengok satgi pakat dok berlaga angin tak tentu pasai. Kita hat dok tengok ni, jadi pening kepala plak tengok. Bakpo taktuh deh jadi lagutu? Dok diam-diam tak buleh ka? Pakat tua bangka dah..kalu rebuih pun jenuh tunggu nak bagi empuk. 

Maaf la noo, tiba-tiba ja bawak tubik entri tak ketahuan hala macam ni. Saja la nak perangat enjin satlu. 


Kikikiki. Kesiannn, terima kasih.