18.8.14

Netball

Lama tak update pasal aktiviti harian kan? Bukan takdak cerita atau aktiviti harian tapi malas nak menaip sebenarnya.. asyik up entri yang ringkas-ringkas ja. Apa la sikap entah..

Khamis lepas punya aktiviti, main bola jaring. Sehari sebelum tu geng2 BAKAT (isteri-isteri pegawai/anggota tentera) berhasrat la nak buat perlawanan persahabatan netball dengan pranita. Ingatkan esoknya tu training rupanya terus ja jadi! Memang tak standby langsung, lagipun dah lama tak main. Tapi dah depa dok ajak sangat, kami ni okey saja la! 

Mungkin depa boring la kot dok rumah kan, nak isi waktu2 terluang tu dengan aktiviti yang menyihatkan badan. Okey la jugak kan daripada dok menyicah buah pelam bawah blok ja, hehe.

Meh layan gambar je la. Gambar banyak tapi takleh nak upload semua. 

Sebelum main isi perut dulu makan rambutan
Tim Pranita 2 Div
Tim BAKAT.. tak cukup orang ni.
Ehem! Ehem!
Tonggang langgang main..
Yess! GA tu shoot masuk laaa



Ni la wajah-wajah JUARA!
Walaupun takda training sebelum perlawanan dan takda skill main bola jaring sebab kitaorang jarang main netball.. biasanya bila sukan kitaorang main bola tampar je manjang. Tapi tetap jugak menang.. balun 6-0 terus!! Hehe. 3 gol daripada GS dan 3 gol lagi daripada GA. Ish, tak sangka betul GA tu boleh shoot bola masuk jaring. Bukan apa, sebab memang asyik fail je la sebelum ni kalau try jaringkan bola.

Terima kasih juga untuk BAKAT atas jemputan ajak lawan tu. Lepas bulan puasa aritu belum ada xtvt yng best mcm ni.. jadi terasa la jugak peluh jantan tu keluar. :P

Ingin

Gambar: Instagram Niza Romli


Bermimpilah tentang apa yang ingin kita impikan. Pergilah ke tempat-tempat yang ingin kita pergi. Jadilah seperti apa yang kita inginkan. Kerana kita hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kita lakukan.

:)

8.8.14

Alhamdulillah

6.8.14

Saya Bahagia Dengan Kehidupan Ini

Selamat beraya. Maaf zahir dan batin.

Segan nak bercakap pasal hal ni, takut nanti terbit anggapan yang macam nak-minta-simpati, asyik-asyik-pasal-zuriat. Tak, bukan macam tu. Kadang-kadang golongan TTC  (trying to conceive) ni cuma nak meluahkan atau nak berkongsi rasa dengan orang lain. Mungkin dengan cara menulis dan bercerita dekat blog buat dia rasa lega ke, lapang ke dan tak la sunyi kot. Seingat saya, baru 2, 3 kali kot saya bercerita pasal tu dalam blog ni.

Macam saya pun bila terfikir nak bercerita pasal `zuriat' dekat blog ke dekat kawan-kawan ke 7, 8 kali jugak la fikir, rasa segan lah..nanti depa cemuih plak dengaq, satgi ada pulak yang kata ishhh.. takdak benda lain dah ka nak cerita? asyik pasai tuuu ja. Hehe. Buruk sangka ke tu ha? Tak baik pulak kan? Tapi tu lah yang saya rasa.

Pernah ada sorang senior cakap dengan saya.. kira memang berpengalaman la orang ni, dah nak pencen setahun dua lagi... dia kata, tak payah la ada anak. Takdak anak lagi senang. Tak gaduh nak tanggung dosa-dosa anak nanti. Ishh.. ayat dia tu macam pelik saya rasa. Tapi saya biarkan je la dia bercakap. Bagi saya, Alhamdulillah.. saya tak tertekan dengan perkara ni, rasa terpinggir pun tak. Alhamdulillah, fikiran saya cukup positif. Saya sangat tabah..cehhhh. Tapi betul, saya macam rilex je. Sebab rezeki kan semua dari Allah. Allah yang tentukan semuanya. Allah yang atur hidup kita. Allah perancang terbaik dalam hidup kita. Jadi, buat apa kita nak susah hati. Teruskan la enjoy dengan kehidupan berdua dengan suami/isteri. Kadang-kadang.. tak tahulah betul ke tak apa yang terlintas kat fikiran saya bila saya rasa macam.. hmmm best jugak takdak anak. Nak pi mana pun senang. Nak buat apa pun takyah fikir anak. Dan perkara paling best dalam rumahtangga saya adalah suami yang sangat memahami! Alhamdulillah, bersyukur sangat pada Allah dengan jodoh ni. Dia tak pernah menyalahkan saya.. malah dia tak pernah sekalipun keluarkan perkataan yang boleh menyakitkan hati saya dalam hal ni. 

Saya sangat bahagia. Bahagia yang sangat-sangat. Alhamdulillah, syukur pada Allah yang kurniakan perasaan dan titipkan kebahagiaan antara saya dan suami. Bahagianya saya tak tergambar dengan tulisan saya. Sebak saya rasa. Betapa Allah itu sangat adil dalam mengatur kehidupan setiap hambanya. 

Semoga bahagia ini terus berkekalan. Amin.