26.4.15

Tuan Kucing

Akhirnya cari blog juga untuk lepaskan perasaan. Nak lepaskan apa yang terbuku dalam hati ni kat Facebook rasa macam tak sesuai, malu bila kawan-kawan baca. Kalau kat Twitter macam tak puas pulak sebab tak boleh nak bebel panjang-panjang. Akhirnya, patah balik kat blog jugak. Sadis betul riwayat hidup blog ni.

Kisahnya, dah lama saya bersabar dengan jiran sebelah ni sejak hampir 3 bulan ni. Bukan sebab apa pun, sebab dia bela kucing je. Dan takdak masalah pun dia nak bela kucing. Yang jadi masalahnya bila tak ajar kucing dia berak setempat. Memang la susah kan nak ajar haiwan macam kucing tu berak dalam jamban. Tapi sebagai tuan kepada kucing tu kena cari inisiatif untuk buatkan kucing-kucing tu tak buat permenant jamban kat rumah jiran/orang. 

Yang saya marah sangat tu, umpama macam pandai bela dan bagi makan kucing je. Pastu tahik kucing tu orang lain pulak kena uruskan. Bukan dia laki bini tak nampak dan tak bau busuk tahik kucing tu, sengaja pulak buat-buat tak nampak. Lepas tu bila ternampak kita balik dari kerja tahu pulak lari masuk rumah dan kadang-kadang sorok muka. Tahu pulak segan, malu, takut. 

Yang dok jadi lorat lagi tu bila dua2 laki bini ni jenis berat mulut pulak nak minta maaf. Masalah jugak tu. Kalau dia minta maaf ke apa ke, hati saya ni takda bengkak sangat sampai macam ni. Ni buleh pulak depa buat bodoooooo gitu. Haii, mujur la saya bukan jenis nak serang orang dan2, jenis boleh sabaq lagi ni walaupun dah hampir 3 bulan dok hidu busuk tahik kucing kat porch rumah saya ni. Segan sangat bila kawan-kawan atau sedara datang rumah dengan bau tahik kucing yang sangatlah busuk.

Tak tahulah nak cakap macam mana, bila ada jiran yang tak jaga sensitiviti hidup berjiran ni. Tak baik buat jiran sakit hati macam tu tau. Saya ni nak je tegur pasal kucing tu tapi tak terkeluar pulak ayat tu dari mulut ni. Tak tahu cara sebenarnya macam mana nak cakap kat diorang laki bini. Lagipun diorang ni orang tua, rasa hormat kat diorang tu lebih sebab tu dok tahan je selama ni. Tapi makin lama rasa makin sakit hati la pulak. Sampai kan sekarang ni bila jiran ni ada kat luar rumah saya tak pandang muka dia dan saya terus masuk rumah tanpa tegur dia. Sebab saya marah sangat. Bukan sikit tahi kucing tu bertimbun tahu tak. Betul2 kat sebelah tempat parking keta. Dah 2 kali saya dengan suami pi cedok buang. 

Diorang pun bila dah nampak macam tu takkan takda rasa bersalah langsung. Cari la sangkar ke kurung kucing tu kejap, nanti bila anak-anak nak main keluar kan lah. Sampai kucing tido baring atas kereta kita, apa cerita? Sedih pun ada tau! Sebab-sebab macam ni lah boleh buat kita dengan jiran-jiran bergaduh. 

Saya tak marahkan kucing-kucing tu atau anak-anak dia sebab kucing tu tahu apa, dia haiwan. Dan anak-anak dia tu masih budak-budak, tapi saya memang marah dekat mak bapak budak-budak ni sebab tak boleh nak fikirkan perasaan dan tak hormat jiran-jiran. Sakit hati sangat.

Apa yang perlu saya buat?